Monday, 12 December 2011

Lafaz Azan Serta Adab & Tertib Azan



Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid hanya sekali sahaja.

4x الله اكبر Allah Maha Besar
2x اشهد ان لا اله الا الله Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2x اشهد ان محمدا رسول الله Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2x حي على الصلاة Marilah menunaikan solat
2x حي على الفلاح Marilah merebut kemenangan
2x الصلاة خير من النوم Solat itu lebih baik dari tidur *
2x الله اكبر Allah Maha Besar
1x لا اله الا الله Tiada Tuhan selain Allah

* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).


Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.

Azan dilaungkan ketika masuk waktu solat melainkan pada waktu Subuh. Waktu Subuh mempunyai dua azan di mana Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam untuk memberitahu Muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir. Azan kedua dikumandangkan ketika masuk waktu Subuh.

Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.

Sumber Artikel: http://goo.gl/yLheH
Sumber Gambar: http://goo.gl/i7h2L

1 comment: