Monday 12 December 2011

Doa Selepas Azan


Sumber Video: http://goo.gl/zGUWV

Lafaz Azan Serta Adab & Tertib Azan



Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid hanya sekali sahaja.

4x الله اكبر Allah Maha Besar
2x اشهد ان لا اله الا الله Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2x اشهد ان محمدا رسول الله Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2x حي على الصلاة Marilah menunaikan solat
2x حي على الفلاح Marilah merebut kemenangan
2x الصلاة خير من النوم Solat itu lebih baik dari tidur *
2x الله اكبر Allah Maha Besar
1x لا اله الا الله Tiada Tuhan selain Allah

* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).

Pengenalan Azan



Azan (أَذَان) adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.

Bilal Bin Rabah

Sekadar Gambar Hiasan

Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.

Pengislamannya

Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.

Sunday 11 December 2011

Kepelbagaian Alunan Suara Azan

Gambar Hiasan

Terdapat kepelbagaian alunan laungan azan yang boleh kita dengari abad ini. Sesetengah alunan berbeza mengikut negara dan sesetengahnya berbeza mengikut muadzin yang melaungkan azan. Contoh alunan suara azan yang berbeza ini boleh didengar di bawah:


1. Imam Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi

2. Imam Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi

3. Imam Masjid Al-Azhar, Mesir

4. Imam Masjid Al-Aqsa, Palestin


Sumber MP3 Azan: http://goo.gl/E19oW
Sumber Gambar: http://goo.gl/kcBbX, http://goo.gl/iQoaL, http://goo.gl/dhxi0
Sumber Gambar: http://goo.gl/mKaCZ, http://goo.gl/UyOeN

Sejarah Azan

Azan - Makkah - By Qari Mustapha Raza Khan (Canada)

Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.

Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.